Kira-kira 200 penduduk kampung Cherang Melintang, Kampung Ana, Kampung Jal Besar, Kampung Padang Mandol dan Tok Oh hadir solat hajat itu yang diimamkan oleh Guru Pondok Jal Besar, Fadhil Zakaria.
Pengerusi Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar, Che Husien Che Soh berkata, tahlil, solat hajat dan diadakan juga solat dhuha ini sudah lama dirancangkan dan ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna pagi tadi.
"Tentang suara ghaib yg didengari penduduk itu, jika benar itu semua kuasa dan hikmah ALLAH S.W.T.
"Ianya boleh ditafsirkan sebagai satu mesej dan peringatan kepada hamba Allah yang masih hidup agar mencari keredhaan, menggandakan amal soleh serta sentiasa mendoakan keampunan ibu bapa dan ahli keluarga yang telah kembali kerahmatullah," katanya.
Menurutnya, apa yang berlaku itu ada hikmah kerana pagi ini ramai ahli keluarga menziarahi pusara, luar biasa pada kelazimannya.
"Saya juga ada umumkan tentang tapak perkuburan yang baru, ianya nanti dapat memuatkan lebih banyak jenazah dan lebih tersusun untuk urusan pengkebumian jenazah di tanah perkuburan ini," katanya.
Suara yang menyeramkan itu didengari seorang penduduk dua minggu lalu ketika berada di rumahnya bersebelahan tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar.
Sejak itu, cerita misteri suara dari kubur mula tersebar dari mulut ke mulut sehingga ada penduduk mula rasa takut dan ada juga yang menganggap ianya cerita tahyul.
Ia juga menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila status misteri suara aneh dari kubur itu dimuatnaik di media sosial.
Menurut Mahadi Mat Salleh, 45, berkata tiga kali dia mendengar suara lelaki bertempik yang menyeramkan sehingga bulu romanya meremang.
"Suara itu jelas kedengaran dan amat nyaring bunyinya sehingga mengejutkan saya, tiga kali saya dengar ia bertempik.
"Ketika itu saya berada di belakang rumah kira-kira jam 10 malam kerana mahu mengambil tukul," katanya.
BUKAN SUARA SEKSA KUBUR
Dalam pada itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menjelaskan, suara aneh seperti lelaki bertempik dari kubur yang didakwa didengar seorang pekerja Majlis Daerah Tumpat dua minggu lalu, berkemungkinan besar adalah gangguan daripada iblis dan syaitan.
Menurutnya, iblis dan syaitan mengganggu anak-anak Adam dan tujuannya tiada syak lagi mahu menakut-nakutkan manusia.
“Tidak boleh menolak kewujudan makhluk halus ini. Mereka boleh meniru suara atau menyerupai sesiapa sahaja yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.
“Begitu pun keadaannya, manusia tidak seharusnya takut, sebaliknya hantu yang perlu takut pada manusia kerana iblis adalah ‘kuli’ manusia. Jika kita takut, macam kita pula ‘kuli’ mereka,” katanya ketika mengulas mengenai dakwaan Mahadi Mat Salleh, 45, yang mengakui mendengar suara aneh dari kubur yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Mahadi menunjukkan arah suara aneh yg didengarinya |
"Suara itu pula janganlah dikaitkan dengan sesiapa yang sudah meninggal dunia kerana bimbang akan menimbulkan perbalahan sesama manusia. Tugas manusia yang masih hidup ini adalah mendoakan perkara yang baik-baik kepada Allahyarham.
“Gunakan kaedah dalam Islam yang mewajibkan kita menyelidik kesahihan sesuatu berita, tidak cukup hanya satu saksi, paling kurang perlu dua yang mengalami perkara sama dan jangan kita terima bulat-bulat sahaja perkara yang disampaikan.
“Sekiranya mahu mengaitkan suara itu dengan seksa kubur, memang wujud, namun taraf nabi sahaja yang boleh mendengarnya dan setara mana sekalipun kekuatan orang biasa, tidak akan boleh hingga dapat mendengar jeritan seksaan kubur,” katanya.
BUKAN PERTAMA KALI DENGAR
Menurut Mahadi , kejadian itu bukan kali pertama dialaminya kerana dia dan isteri Rohani Yusoff, 39, pernah mendengar suara perempuan menjerit dari kubur sama ketika menaiki motosikal menuju ke masjid berdekatan untuk solat Maghrib, tahun lalu.
Mahadi yang sudah 11 tahun tinggal di situ turut mengaku tidak takut dengan perkara yang dialaminya itu dan berharap orang ramai juga bersama-sama memelihara akidah bagi mengelak daripada terpesong.
sumber asal
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/suara-aneh-penduduk-adakan-solat-hajat-1.655858
Misteri Suara Aneh Dari Kubur, Penduduk Buat Solat Hajat,ok!: Penduduk kampung Cherang Melintang dan beberapa kampung sekitar hadir menunaikan solat hajat dan tahlil di Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal memohon kerahmatan dan keampunan ALLAH susulan kejadian penduduk mendengar suara aneh dari kubur.

0 Response to "Misteri Suara Aneh Dari Kubur, Penduduk Buat Solat Hajat"
Posting Komentar