Misteri Pintu Balai Terbuka Sendiri, Polis Siasat Bagaimana Rakaman CCTV Jadi Viral

Misteri Pintu Balai Terbuka Sendiri, Polis Siasat Bagaimana Rakaman CCTV Jadi Viral,ok!: Pihak polis masih belum mendapat laporan berhubung kejadian pintu kaca di Balai Polis Banda Hilir, di sini, yang terbuka sendiri sebagaimana dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman berdurasi selama 73 saat yang mula menjadi viral di media sosial tersebut, dua bahagian pintu kaca di balai polis berkenaan dilaporkan terbuka sendiri, sebelum satu daripadanya pecah.

Difahamkan, berdasarkan rakaman CCTV menunjukkan insiden jam 4.21 pagi, Khamis lalu, dengan tiga anggota polis sedang berada di meja aduan awam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata pihaknya belum menerima laporan kejadian tetapi terkejut bagaimana rakaman CCTV berkenaan boleh menjadi viral di media sosial.

"Saya sahkan yang pintu Balai Polis Banda Hilir pecah namun saya belum menerima laporan mengenainya. Kejadian mungkin disebabkan tekanan angin, namun saya masih menanti laporan daripada balai terbabit," katanya, ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagaimana rakaman CCTV di balai polis berkenaan boleh menjadi viral di media sosial.

sumber
https://www.bharian.com.my/node/269434

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Misteri Pintu Balai Terbuka Sendiri, Polis Siasat Bagaimana Rakaman CCTV Jadi Viral"

Posting Komentar

==[close]==