Luahan Perasaan & Doa Thaqif Dalam Buku Latihan

Luahan Perasaan & Doa Thaqif Dalam Buku Latihan,ok!: Murid tahfiz yang terpaksa dipotong kedua-dua kaki, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meluahkan perasaan dan doanya dalam buku latihan supaya dipindahkan daripada asrama itu.

Menurut laporan dari media Harian Metro, saudara murid itu berkata, perkara itu hanya diketahui keluarga selepas membelek buku latihan Thaqif yang dibawa pulang apabila berhenti dari sekolah tahfiz itu.

Menurutnya, dalam nota itu, Thaqif menulis seolah-olah dia dalam keadaan tertekan.

Selain itu, Thaqif juga bagaikan dibuli selain mencerikakan ditumbuk tanpa sebab, dipaksa mencuci talam dan cawan walaupun bukan gilirannya.

Lebih menyedihkan, katanya, Thaqif berdoa supaya ibu dan bapanya memindahkan dia ke sekolah lain kerana berasakan tidak selesa lagi di madrasah itu.

Sementara itu, ibunya, Felda Wani Ahmad, 40, berkata anak ketiga daripada lima beradik itu mendaftar masuk ke madrasah itu pada 27 Januari lalu.

Katanya, memang pada mulanya Thaqif nampak gembira dapat belajar di sekolah itu.

Bagaimanapun, dia mula berubah dan meminta dipindahkan kerana mendakwa sering dipukul, sejak kebelakangan ini.

"Thaqif mendakwa dirinya sering dipukul di tapak kaki dan betis ketika sujud oleh pembantu warden asrama berkenaan.

"Melihat dia dalam keadaan sedih dan seolah-olah takut kembali ke sekolah, saya kemudian mengeluarkannya dari madrasah itu, pada 31 Mac," katanya.

Bagaimanapun, katanya, malangnya kesihatan Thaqif kian buruk dan membuatkan dia menghantar anaknya itu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan, Rabu lalu.

Katanya, kedua-dua kaki anaknya lebam dan bewarna merah sebelum doktor memberitahu terdapat darah beku dan jangkitan kuman merebak ke buah pinggangnya.

“Doktor memberitahu tidak dapat merawat kaki anak kecuali terpaksa melakukan pembedahan iaitu memotong kedua-dua kakinya supaya kuman itu tidak merebak.

"Kami membuat laporan di Balai Polis Ulu Tiram, pada 19 Mac lalu. Harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya yang juga guru di Kota Tinggi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/223653

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Luahan Perasaan & Doa Thaqif Dalam Buku Latihan"

Posting Komentar

==[close]==